Wednesday, November 18, 2009

Risiko bersaiz besar..

jIKA saiz dan bentuk ***** penting untuk lelaki,
wanita tidak terkecuali untuk mengambil berat saiz
payu dara mereka. Sebenarnya, saiz dan bentuk payu
dara wanita tertakluk kepada keturunan dan baka.

Jarang ada wanita mengalami masalah payu dara
‘Glandular Hyperplasia’, iaitu pepundi susu mengembang
dan membesar, sekali gus mengakibatkan payu dara
membesar secara luar biasa.

Wanita yang mengalami masalah ini sukar mencari baju
dalam atau ‘bra’ sesuai. Keadaan payu dara yang besar
juga menyakitkan dada kerana memikul beban berat.

Kajian terbaru menunjukkan payu dara besar berisiko
tinggi mendapat kanser.

Tiada kaedah membesarkan payu dara tanpa membabitkan
pembedahan. Ia dikenali ‘Breast Augmentation’ atau
pembedahan pembesaran payu dara.

Kaedah penggunaan krim dan herba belum ada bukti kukuh
keberkesanannya.

Satu ketika dulu di Thailand, wujud herba dikenali
‘Pueriaria Mirifica’ yang kononnya membantu
memantapkan payu dara dan kini herba itu dalam kawalan
kerajaan Thailand.

Sejauh mana keberkesanan herba itu sukar dipastikan,
namun kerajaan Thailand menafikan herba itu sesuai
untuk ketumbesaran payu dara.

Malah, kerajaan Thailand mencadangkan wanita yang
ingin membesarkan payu dara melakukan senaman
pemantapan otot dada. Pakar sakit puan dan payu dara
di Thailand juga menafikan herba itu mampu membesarkan
payu dara.

Sehubungan itu, jangan membazir duit membeli herba,
terutama di tepi jalan, untuk membesarkan payu dara.
Ia bukan sekadar pembaziran, tetapi dibimbangi kesan
jangka pendek atau panjang penggunaan produk
berkenaan.

Ada juga berpendapat makan kacip fatimah memantapkan
payu dara. Itu juga tiada kepastian, walaupun kacip
fatimah mengandungi ‘Biboflavinoids’ yang dapat
diproses dalam badan menjadi hormon Estrogen yang ada
kaitan dengan ketumbesaran payu dara.

Namun, kajian sekumpulan pakar di Universiti Sains
Malaysia (USM) mendapati kacip fatimah hanya baik
menaikkan syahwat kerana kesannya kepada kelenjar
Adrenal untuk menghasilkan hormon syahwat DHEA.

Malah, satu ketika dulu wanita yang mengamalkan pil
perancang keluarga mendapati payu dara mereka tegap
dan padat, seolah-olah besar.

Selepas kejadian tidak disangka itu, ramai wanita
mengunakan hormon Estrogen dan kini amalan berkenaan
diketahui berbahaya dan boleh mendedahkan wanita itu
kepada kanser payu dara.

Seperti zakar, payu dara kadangkala kelihatan kecut
dan lembek dan kadangkala menonjol dan tegap, sama
dengan keadaan puting dan tompok Areola yang juga
kembang dan kuncup.

Senaman mengkukuhkan otot dada dapat menegapkan payu
dara ke atas dada dan ini digalakkan daripada
melakukan pembedahan, mengunakan krim atau gel atau
menyedut payu dara dengan pam penyedut kerana alat ini
juga didapati mengarut.

Kehamilan dan kelahiran bayi dapat memantapkan
kedudukan payu dara dan ini paling berkesan serta
selamat selain memakai baju dalam yang sesuai dan pengunaan
krim pelembap yang baik untuk kulit payu dara.

No comments:

Post a Comment