Monday, November 23, 2009

9 Wanita yg jadi perhatian..

1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil
berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa
tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan
hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny a kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu
yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita
yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus
ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg aan dari wanita membuat lelaki
berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa
kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan
wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar
teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg
baik,serta mengalihkan topik yg agak serius
kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih
dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg
baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah
diajak kemana saja dan tidak kekok
samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang
wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg
susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg
memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Wednesday, November 18, 2009

Risiko bersaiz besar..

jIKA saiz dan bentuk ***** penting untuk lelaki,
wanita tidak terkecuali untuk mengambil berat saiz
payu dara mereka. Sebenarnya, saiz dan bentuk payu
dara wanita tertakluk kepada keturunan dan baka.

Jarang ada wanita mengalami masalah payu dara
‘Glandular Hyperplasia’, iaitu pepundi susu mengembang
dan membesar, sekali gus mengakibatkan payu dara
membesar secara luar biasa.

Wanita yang mengalami masalah ini sukar mencari baju
dalam atau ‘bra’ sesuai. Keadaan payu dara yang besar
juga menyakitkan dada kerana memikul beban berat.

Kajian terbaru menunjukkan payu dara besar berisiko
tinggi mendapat kanser.

Tiada kaedah membesarkan payu dara tanpa membabitkan
pembedahan. Ia dikenali ‘Breast Augmentation’ atau
pembedahan pembesaran payu dara.

Kaedah penggunaan krim dan herba belum ada bukti kukuh
keberkesanannya.

Satu ketika dulu di Thailand, wujud herba dikenali
‘Pueriaria Mirifica’ yang kononnya membantu
memantapkan payu dara dan kini herba itu dalam kawalan
kerajaan Thailand.

Sejauh mana keberkesanan herba itu sukar dipastikan,
namun kerajaan Thailand menafikan herba itu sesuai
untuk ketumbesaran payu dara.

Malah, kerajaan Thailand mencadangkan wanita yang
ingin membesarkan payu dara melakukan senaman
pemantapan otot dada. Pakar sakit puan dan payu dara
di Thailand juga menafikan herba itu mampu membesarkan
payu dara.

Sehubungan itu, jangan membazir duit membeli herba,
terutama di tepi jalan, untuk membesarkan payu dara.
Ia bukan sekadar pembaziran, tetapi dibimbangi kesan
jangka pendek atau panjang penggunaan produk
berkenaan.

Ada juga berpendapat makan kacip fatimah memantapkan
payu dara. Itu juga tiada kepastian, walaupun kacip
fatimah mengandungi ‘Biboflavinoids’ yang dapat
diproses dalam badan menjadi hormon Estrogen yang ada
kaitan dengan ketumbesaran payu dara.

Namun, kajian sekumpulan pakar di Universiti Sains
Malaysia (USM) mendapati kacip fatimah hanya baik
menaikkan syahwat kerana kesannya kepada kelenjar
Adrenal untuk menghasilkan hormon syahwat DHEA.

Malah, satu ketika dulu wanita yang mengamalkan pil
perancang keluarga mendapati payu dara mereka tegap
dan padat, seolah-olah besar.

Selepas kejadian tidak disangka itu, ramai wanita
mengunakan hormon Estrogen dan kini amalan berkenaan
diketahui berbahaya dan boleh mendedahkan wanita itu
kepada kanser payu dara.

Seperti zakar, payu dara kadangkala kelihatan kecut
dan lembek dan kadangkala menonjol dan tegap, sama
dengan keadaan puting dan tompok Areola yang juga
kembang dan kuncup.

Senaman mengkukuhkan otot dada dapat menegapkan payu
dara ke atas dada dan ini digalakkan daripada
melakukan pembedahan, mengunakan krim atau gel atau
menyedut payu dara dengan pam penyedut kerana alat ini
juga didapati mengarut.

Kehamilan dan kelahiran bayi dapat memantapkan
kedudukan payu dara dan ini paling berkesan serta
selamat selain memakai baju dalam yang sesuai dan pengunaan
krim pelembap yang baik untuk kulit payu dara.

Wanita

Seorang LELAKI yg bakal menjadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA dan SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari segi :

1. Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak.

2. Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.

3. Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungan daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.

4. Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu

5. Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur

6. Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.

7. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.

8. Wanita mempunyai sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg solih adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya di tonjolkan kepada suaminya sahaja.

9. Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.

JADI ORG LAKI JGN JADIKAN ALASAN NAK CARIK POMPUAN LAIN LA EK PAS NI..HEHEHE.. POMPN SANGGUP LAKUKN APE SAJE UTK ORG TERSYG TAU..

Tuesday, November 10, 2009

Esok Beezee la..

Esok kemungkinan busy la..
Kena pergi Mersing..
Ada kursus di Fishing Bay Resort, Teluk Buih, Air Papan..
Best tau tempat tu..
Nanti gambar akan di postingkan ke dalam blog ini..
Kalau nak pergi memancing, memang sesuai ke sana..

Monday, November 9, 2009

Aiseyman!!

Aiseyman..Tak sempat la nak update blog..
Kepada sesiapa yg membaca,terutama kepada kekasih hatiku yg tercinta, maaf la sebab tak sempat nak update blog ni mase cuti ari tu..
Sakit kaki la..
Training kat gym ari tu train kaki..
Buat Squat byk kali..
Sambil Squat sambil angkat berat..
Adui...

Friday, November 6, 2009

Hari ini...

Malam td aku tak pergi gym...
Khamis malam Jumaat gym tutup...
Pagi tadi aku bangun tido, bdn rasa sakit sangat..aku hampir tak boleh bergerak..
Haduih..
Macam tak semangat je nak pegi keje...
Dah la tak dapat mesej dengan kekasih aku..
Tapi nasib baik aku pergi keje lambat sikit..
Sebab aku ade hal kena amik surat kat PPD..
So, boleh la aku rilekskan badan aku dalam perjalanan naik motor ke tempat keje..

Thursday, November 5, 2009

Adui...

Adui...
Bahu sakit lg.. Hari tu training shoulder, masih ade rasa sakit lg...
Malam tadi pulak training back dengan tricep..
Rasanya... Perghh!!! Tak boleh nak kata...
Memang terasa la bila training dengan abang Apis (coach kami)..
Tapi aku akan teruskan perjuangan aku untuk menggapai impian aku..
Berusahalah!!!